MRTT vs MRTT

MRTT & MLTT keduanya adalah insurans yang anda boleh ambil apabila beli hartanah.

Perbezaan utama adalah cara insurans ni bayar pampasan dan jumlah pampasan tersebut.

Contohnya Abu mati meninggalkan seorang isteri dan seorang anak. Beliau memiliki sebuah rumah dengan baki hutang RM300, 000. 

Berikut ialah senario sekiranya beliau memiliki insurans berikut:

MRTT : Pihak insurans hanya akan selesaikan hutang rumah dengan bank sahaja. Isteri dan anak tidak mendapat sebarang wang tunai dari pampasan tersebut. Namun yang bagusnya Abu tidak perlu bayar premium insurans yang tinggi dan premium tersebut telahpun termasuk sekali dalam pinjaman dengan bank.

Sekiranya beliau pernah refinance rumah tersebut semasa masih hidup maka polisi asal terbatal dan polisi baru akan digunakan untuk loan baru hasil dari refinance dengan bank.

MLTT : Pihak insurans akan membayar terus pampasan kepada waris. Maka ia menjadi tanggungjawab waris untuk selesaikan hutang rumah tersebut. Kekurangannya pula ialah premium yang lebih tinggi kerana pampasan yang sentiasa sama jumlah payout pada bila-bila masa. Premium tersebut juga tak termasuk dalam jumlah pinjaman. 

Itulah sedikit sebanyak tentang kelebihan dan kekurangan antara dua jenis insurans ini. Tidak ada satu yang lebih baik antara dua. Yang penting polisi tersebut sesuai dengan matlamat anda. 

Hubungi Kami untuk Bina Portfolio Idaman Anda

Leave a Reply