Cara Kira DSR

DSR adalah bahasa Inggeris iaitu DEBT Service Ratio di mana ia digunakan untuk menentukan berapa jumlah kelayakan pinjaman bank anda setiap kali anda buat permohonan pinjaman.

Bergantung pada pendapatan anda, DSR bank berada dalam lingkungan 60-90% daripada pendapatan anda.

Ini adalah lingkungan anda:

Gaji Bawah RM 3,000 : DSR 60% daripada jumlah pendapatan

Contoh: Gaji RM 2,700 

Komitmen sedia ada pinjaman kereta : RM 400

DSR = RM 2,700 * 60/100 = RM 1, 620
RM 1, 620 – RM 400 = RM 1,220 

Maka anda layak mendapat pinjaman sebanyak RM 1,220. 

Sama juga dengan mereka yang bergaji RM 5, 000. Lingkungan gaji ini mendapat DSR sebanyak 70% daripada pendapatan mereka. Cara kiraan: 

Gaji RM 5,000
Komitmen : 
Kereta : RM 500
Pinjaman Peribadi : RM 400
DSR : 70%

Kelayakan pinjaman :
RM 5, 000 * 70/100 = RM 3500
Kelayakan meminjam : RM 3, 500 – RM 500 – RM 400 = RM 2, 600

Maka anda layak mendapat pinjaman sebanyak RM 2, 600 sebulan.

Bagi mereka yang berpendapatan melebihi RM 9, 000 sebulan, anda mempunyai dsr sebanyak 90% daripada pendapatan anda (bergantung pada polisi semasa bank).

Lebih banyak pendapatan anda, lebih mudah untuk anda mendapatkan pinjaman.

Hubungi Kami untuk Bina Portfolio Idaman Anda

Leave a Reply