Sublet adalah salah satu teknik menjana duit dalam pelaburan hartanah di mana pelabur tidak perlu memiliki sesuatu hartanah tersebut. Ramai pelabur hartanah menggunakan teknik ini untuk berlatih mengurus hartanah sebelum mereka memilikinya.
Yang penting adalah bagaimana seorang boleh menjana keuntungan dan mengawal risiko dengan sublet?
Mari sini Fana kongsi bagaimana mereka lakukan ini dengan modal yang minima dan menjana duit sebanyak RM 1,000 sebulan.
Perkara pertama adalah anda perlu bandingkan nilai sewa sesuatu rumah dalam jenis yang sama. Sebagai contoh:
Kondo A di Kepong :
Sewa sebuah rumah tanpa perabot : RM 1, 200
Sewa sebuah rumah dengan perabot lengkap : RM 1, 800
Sewa bilik : RM 2, 500
Melihat pada angka ini, anda boleh tahu bahawa jika anda menyewa rumah tanpa perabot dan menyewakan semula secara perbilik maka anda akan dapat untung sebanyak
RM 1, 300 sebulan.
Selepas anda berjaya kenalpasti angka ini, maka anda perlu kenalpasti berapa kos anda perlukan untuk setup rumah tersebut menjadi lengkap dengan perabot bersesuaian dengan nilai sewaan yang anda jangka.
Katakan kos tersebut dianggarkan bernilai RM 7, 000. Maka anda perlukan nilai berikut untuk mulakan sublet anda :
Kos :
Deposit rumah = 2 bulan deposit sewa + 0.5 bil utiliti + 1 bulan sewa
Perabot : RM 7, 000
Keseluruhan : RM 1, 200 + RM 600 + RM 1, 200 +RM 7, 000
= RM 10, 000
Maka anda perlukan RM 10, 000 untuk mulakan sublet anda yang pertama.
Dengan keuntungan sebanyak RM 1, 300 sebulan, maka anda tahu anda perlukan 8 bulan untuk dapat balik modal anda tersebut.
Sekiranya anda menjangka untuk dapatkan keuntungan minima RM 10, 000 daripada sublet ini, maka anda perlu tandatangan perjanjian sewa sekurangnya 2 tahun. Lebih lama anda tandatangani perjanjian sewa lebih banyak untung anda boleh dapat dari sesebuah sublet.