THE PROBLEM DENGAN RUMAH MAMPU MILIK SERTA KOS RENDAH DAN KENAPA IA TAK PERNAH SELESAI
Dalam banyak-banyak kategori property, rumah bawah harga RM300K yang paling susah nak jual. Benda murah tapi apesal orang tak beli?
Untuk kategori kos rendah dengan mereka yang bergaji bawah RM5K sahaja layak beli, kebanyakan golongan ini tak mampu untuk bayar duit downpayment sebanyak 10% dari harga rumah ini.
Masalah ini menjadikan pelabur yang sebat rumah-rumah ni jadi mereka yang betul2 perlukan tempat tinggal terpaksa pula menyewa dengan pelabur-pelabur ni.
Secara peribadi, kami tak setuju sebab ini penyebab jurang pendapatan dan yang kaya makin kaya manakala miskin makin miskin.
Sama juga dengan rumah mampu milik. Sebahagian dari mereka tak dapat 100% pinjaman dan ramai juga tidak memenuhi syarat pendapatan isi rumah bawah RM10K. Belum kira lagi golongan ni ramai tak lepas dsr akibat komitmen dan kos sara hidup.
Jadi apabila syarat dibuka dan dilonggarkan, sekali lagi ramai yang beli rumah-rumah ni untuk dijadikan pelaburan sewa semula atau airbnb walaupun syarat jelas nyata tak boleh berbuat demikian untuk beberapa tahun selepas pembelian.
Untuk golongan pendapatan isi rumah bawah RM10K mungkin boleh adjust, namun sukar bagi isu rumah bawah RM5K. Perkara ini menjadikan jurang pendapatan dan isu golongan miskin bandar makin serius.
Pandangan kami, bantuan bersasar buat golongan miskin bandar harus diambil dengan lebih serius dan pelabur sekiranya keadaan tak terdesak, maka janganlah berebut dengan mereka yang lebih memerlukan rumah tersebut.
Pelabur yang mahir dan bijak akan berjaya intai lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam pasaran.