BULLRUN IS COMING

Ramai yang masih tak sedar yang harga rumah sedang meningkat sekarang. Kebiasaannya perubahan ini akan jadi topik hangat dalam masa 3-5 tahun akan datang apabila harga hartanah meningkat mendadak.

Kalau perhati data pada tahun 2020 dan 2021, terdapat perbezaan yang sangat ketara. Pada tahun 2020 berlaku penurunan mendadak pembelian hartanah akibat sentimen buruk pasaran akibat mulanya penularan wabak covid 19. Pada tahun yang sama kerajaan Malaysia beserta kebanyakan kerajaan dunia mengumumkan penurunan kadar faedah bank secara mendadak. Malaysia mengumumkan 3 kali kadar penurunan faedah pada tahun 2020 sahaja.

Kesan penurunan kadar faedah ini menjadikan orang ramai lebih mudah mendapatkan pinjaman bank pada nilai yang lebih tinggi. Contohnya, nilai pinjaman RM 500,000 pada tahun 2015 memerlukan peminjam untuk membayar ansuran bulanan sebanyak RM 2,500(anggaran) manakala nilai pinjaman sama pada tahun 2020-2022 peminjam hanya perlu bayar RM1,900(anggaran) sahaja.

Ini menyebabkan ramai orang tertarik untuk membeli barang melalui pinjaman seperti hartanah dan kereta. Sebab tu dua segmen aset ini menunjukkan peningkatan tertinggi pada tahun 2020 dan 2021. Dan nilai pembelian juga meningkat iaitu lebih banyak kereta mewah terjual dan rumah berharga atas RM500,000 yang terjual.

Ni trend yang sama pernah berlaku pada tahun 2009 di mana dalam tempoh 5 tahun berikutnya harga hartanah meningkat 2-3 kali ganda dalam jangka masa yang sangat pendek. Dengan peningkatan pembelian hartanah berharga RM500,000 ke atas yang tidak terjadi sebelum ini, boleh Nampak trend kenaikan harga hartanah bakal berlaku dalam masa terdekat. Maka bersedialah anda.

Sebarang pertanyan boleh oleh hubungi kami di media sosial Facebook dan Instagram (Fana Capital), ataupun boleh isi maklumat anda untuk dihubungi melalui link di bawah. ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ฌ๐ข ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€.

https://share.hsforms.com/1uustpk6IRPmLKjRc7aTgAAc7k8j…

#propertyinvestment

#KlangValley

#perancangankewangan

#FanaCapitalSdnBhd

ย 

ย 

Hubungi Kami untuk Bina Portfolio Idaman Anda

Leave a Reply