Bangunan Paling Mahal Di Malaysia-INTERMARK

Bangunan Paling Mahal di Malaysia – Intermark

Bangunan Intermark adalah bangunan yang termahal di Malaysia dan satu-satunya bangunan yang merekodkan transaksi bernilai atas RM1 billion.

Jadi apa yang buatkan Intermark ni mahal sangat?

Faktor nombor 1 yang buatkan Intermark ini sangat mahal sudah pasti lokasinya yang terletak di segitiga emas Kuala Lumpur. Alamat berprestij sudah pasti jadi tarikan dan penting bagi identiti korporasi gergasi seperti J.P. Morgan, Petronas, Michael Page dan pelbagai lagi korporasi gergasi lain.

Lokasinya jarak berjalan kaki dari LRT Ampang Park menjadikan bangunan itu mudah diakses oleh kebanyakan pekerja. Akses adalah sangat penting bagi syarikat gergasi kerana mereka mahu sebanyak mungkin bakat pekerja tempatan yang ada bagi perniagaan mereka.

Tidak terhad pada itu, features unik bangunan tersebut adalah penjimatan elektrik sebanyak 20% daripada kegunaan dan 40% penjimatan air daripada keseluruhan penggunaan bangunan tersebut. Ini penting kerana dengan jumlah pekerja yang ramai, penggunaan tenaga yang cekap membantu syarikat menjimatkan kos perbelanjaan bulanan mereka.

Jadi berbaloikah dengan harga ini untuk sebuah syarikat membayar premium tinggi semata-mata untuk membuka operasi mereka di sini? Jawapannya sudah pasti ya pada syarikat-syarikat gergasi ia memenuhi keperluan operasi mereka dan hanya memakan kurang dari 10% perbelanjaan syarikat untuk kelebihan yang mereka perolehi dari bangunan tersebut.

#BangunanTermahalMalaysia

#IntermarkIntegraTower

#FanaCapitalSdnBhd

 

 

Hubungi Kami untuk Bina Portfolio Idaman Anda

Leave a Reply