Teknik Perbaiki Aliran Tunai

Kebanyakan anda di luar sana tidak lari dari pinjaman peribadi dengan bank mahupun kad kredit. Dalam pengalaman Fana, dua jenis pinjaman ini yang biasa orang buat dan banyak telah menghalang orang ramai dari memiliki aset seperti hartanah.

Buat mereka yang dikelilingi hutang ribuan ringgit setiap bulan, ini tips yang anda boleh gunakan untuk menperbaiki aliran tunai anda dengan lebih pantas. Tips ini akan lebih sesuai sekiranya anda sudah mempunyai dana kecemasan 3 bulan sekurangnya.

Katakan ini adalah komitmen bulanan anda:

Pendapatan: RM 2, 800

Senarai hutang:

Kad kredit : RM3, 000 , bayaran minima RM50

Pinjaman Peribadi: RM 10, 000, ansuran bulanan RM 250

Pinjaman Kereta: RM 7, 000, ansuran bulanan RM 470

Simpanan: RM 500

๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š: Jangan biasakan bayaran minima kerana baki hutang tidak dijelaskan akan menjadi lebih tinggi akibat kadar faedah harian yang dikenakan oleh bank. Kadar faedah ini adalah tinggi iaitu sekitar 17-18% bergantung pada jenis kad kredit. Sekiranya tunggakan kad kredit adalah tinggi, cuba runding dengan pihak bank untuk tukarkan tunggakan tersebut kepada ansuran tetap bulanan. Setelah proses ini selesai, pastikan anda bayar ansuran tepat pada masa untuk elakkan caj lewat bayar oleh pihak bank. Katakan dalam kes ini ansuran bulanan anda adalam RM150 sebulan.

๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐ค๐ž๐๐ฎ๐š: Sekiranya anda sudah mempunyai simpanan kecemasan cukup, maka anda boleh gunakan simpanan untuk selesaikan hutang kad kredit terlebih dahulu kerana hutang kad kredit adalah paling rendah dalam kes ni. Dalam kes ini maka anda boleh bayar bulanan RM650 untuk kad kredit. Dalam masa 5 bulan, hutang kad kredit anda telah selesai dengan kadar faedah terkawal.

Anda kini ada lebihan tunai sebanyak RM650 sebulan. Hutang paling kecil ada dengan anda sekarang adalah hutang kereta sebanyak RM 7,000. Anda kini boleh lakukan bayaran bulanan sebanyak RM 470 + RM650 = RM 1,120. Hutang kereta anda kini boleh selesai dalam masa 7 bulan berbanding 14 bulan.

Tinggal pinjaman peribadi pula untuk anda selesaikan. Baki pinjaman peribadi bernilai RM 10,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM 250. Anda kini sudah mampu untuk bayar pinjaman ini sebanyak RM 1,120 + RM250 = RM 1, 370 sebulan. Maka dalam tempoh 8 bulan anda sudah boleh selesaikan pinjaman peribadi ini.

Anda telah Berjaya menjimatkan masa yang banyak dengan kaedah ini berbanding jika anda bayar seperti biasa secara bulanan. Namun di Fana Capital Sdn Bhd, kami ada cara yang lebih pantas dan efektif untuk menyelesaikan masalah ini.

Nak tahu lebih lanjut?Boleh hubungi Fana melalui DM di Facebook ataupun jika ingin kami hubungi anda, boleh isi maklumat untuk dihubungi melalui link di bawah

https://share.hsforms.com/1uustpk6IRPmLKjRc7aTgAAc7k8j

#Fanashare #Cardcredit #perancangankewangan #property #propertymarket #propertyinvestor #propertyinvestment #financial #financialservices #hartanah #kewangan #pelaburan #pelaburanmasadepan #pelaburanhartanah

ย 

ย 

Hubungi Kami untuk Bina Portfolio Idaman Anda

Leave a Reply