Ramai yang bersungut ASB ni tak berbaloi, siapa buat ASB loan memang kena scam dengan bank, rugi katanya.
ASB loan ni memang bukan satu jenis pelaburan untuk cepat kaya mahupun jadi jutawan. Ia lebih kepada satu bentuk simpanan secara paksa yang akan dapat kutip hasil dalam tempoh 3-5 tahun. Sekiranya anda seorang yang susah menyimpan duit, maka asb loan adalah satu cara yang sesuai untuk melatih diri anda.
Mari sini Fana tunjuk macam mana nak dapatkan pulangan lebih dari RM 20,000 dalam masa 5 tahun menggunakan asb loan.
Katakan anda ambil loan maksima iaitu RM200,000 dengan ansuran bulanan sebanyak RM 7752. Ambil loan terpanjang untuk pulangan maksima iaitu 40 tahun namun anda dapatkan pulangan dalam masa 5 tahun sahaja.
Anda guna semula dividen itu pada tahun berikutnya selama 4 tahun berturut-turut kemudian. Selepas cukup 5 tahun, anda tamatkan asb loan tersebut maka menjadikan baki pinjaman anda sebanyak RM187,466.61.
Jumlah keseluruhan tunai selepas 5 tahun : RM25,333.39
Pulangan sudah tentu boleh berbeza mengikut berapa lama anda ambil asb loan ini serta jumlah bayaran bulanan. Setiap individu mempunyai bajet dan keperluan berbeza maka anda boleh bermula mengikut peringkat yang anda mampu untuk beri komitmen kepada simpanan bulanan ini.
All the best kepada mereka yang baru nak mula melabur.