Selalu bila nak buat pinjaman bank ni bakal peminjam akan tanya bank mana yang interest paling rendah?
Tapi tahukah anda yang interest bank bukan sekadar ditentukan oleh blr bank sahaja?
Faktor yang lebih mempengaruhi kadar interest bank caj kepada peminjam adalah pattern bayaran peminjam itu sendiri.
Jika peminjam selalu terlepas atau lewat bayar, maka kadar interest tu akan lebih tinggi berbanding biasa.
Ada banyak lagi faktor lain dalam menentukan pinjaman yang sesuai buat peminjam. Contohnya ialah jumlah pinjaman, lock in period, inclusive legal fee dan pelbagai lagi faktor yang menentukan sesuatu pinjaman itu sesuai dengan anda atau tidak.