Pertama sekali anda kena faham apa itu program RTO PR1MA dan Houzkey. Betul kedua-dua program ini dikendalikan oleh Maybank, namun RTO PR1MA adalah program khas untuk rumah PR1MA sahaja manakala Houzkey adalah satu jenis bentuk program RTO juga cuma untuk hartanah kerjasama dengan pemaju. Β
Jadi yang mana satu patut anda pilih? Jawapannya ialah bergantung pada matlamat dan kemampuan anda. Anda harus faham pro and cons setiap pembelian hartanah. Untuk hartanah kategori PR1MA anda harus tahu bahawa anda tidak boleh menjual hartanah tersebut dalam tempoh 10 tahun dari pembelian dan tidak boleh sewakan hartanah tersebut kepada orang lain juga. Ia memang bertujuan untuk dijadikan tempat tinggal golongan B40 & M40. Β
Manakala untuk program Houzkey pula anda boleh pilih hartanah dari pemaju namun ia masih terhad buat projek yang ada kerjasama dengan Maybank di bawah program Houzkey sahaja. Program ini sesuai buat mereka yang henda beli hartanah samada tujuan tinggal sendiri mahupun pelaburan asalkan anda beli pada harga yang betul di kawasan yang mempunyai permintaan lebih tinggi dari bekalan hartanah sedia ada. Β
Kedua-duanya memanglah sebuah bentuk program sewa beli namun harus berbalik pada matlamat anda membeli hartanah tersebut.Β