PURPOSELY BUILT TERRIBLE DESIGN BECAUSE IT MAKES MONEY

Perasan tak kalau jalan2 kat mall penat? Dan untuk turun naik dari satu tingkat ke satu tingkat lagi kena jalan dari hujung ke hujung?

Lepastu tunggu isteri/member shopping berejam takde bangku pulak nak duduk. Penat oh penat. Tapi untuk budak ada pulak tempat permainan dan caretaker disediakan(untuk sesetengah mall). Budak boleh rehat orang tua tak boleh pulak. Why oh whyyyy?

Design yang sengaja memenatkan pengunjung ni dibina supaya pengunjung akan terus berjalan melalui shoplot yang ada.

Tujuan design ni dibuat supaya:

membuatkan pengunjung berada lebih lama di shopping mall

pengunjung akan lebih cenderung untuk beli barang ketika berjalan

kedai minuman dibina secara pop up lebih laris berbanding dibina dalam kedai kerana ia memudahkan akses kepada pembeli membeli minuman mereka

Inilah teknik yang digunakan mall untuk monetise dari pengunjung mereka. Ia sengaja dibuat untuk memenatkan pengunjung kerana dengan itu mereka akan mendapat untung.

#malldesign

#purposefullybaddesign

#monetization

#fanashare

ย 

ย 

Hubungi Kami untuk Bina Portfolio Idaman Anda

Leave a Reply