PESANAN DARI SEORANG WANITA BUAT SEORANG WANITA

Hi sahabat facebook semua, baru ni gempar dengan kisah suami curang dan jatuh talak macamtu sahaja atas isteri beliau. Namun Fana respek sebab isteri beliau terima talak tersebut dengan gagah siap flying kiss.

Ramai komen macam ni, dia doktor bolehlah. Kita ni kerja gaji kecil memang harap suami bagi. Yang suri rumah pula ramai juga kata memang tunggu duit suami je sebab gaji suami banyak takpe.

HEI PEREMPUAN-PEREMPUAN SEKALIAN!

Saya bukan suruh anda untuk meragui suami anda. Saya sejujurnya minta anda berjaga2 dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Kalau anda boleh beli handbag harga ratusan malahan ribuan ringgit, namun dalam akaun bank tiada 4-5 angka, maaf saya katakan, anda tak layak miliki semua itu. Jual semua handbag tu. Ada tudung/kasut mahal limited edition? Jual jugak.

Pastikan anda ada simpanan sendiri walaupun suri rumah. Sekiranya anda seorang suri rumah sepenuh masa, pastikan anda dapat 4 angka sekurangnya dari suami dan anda boleh simpan beberapa ratus ringgit dari duit tersebut. Tak mampu? Cari pendapatan dari rumah. Zaman sekarang kerja sepenuh masa pun boleh buat dari rumah.

Bina simpanan sekurangnya 5 angka sekiranya apa-apa tak diingini berlaku. Dah ada simpanan maka perkara kedua yang anda WAJIB ada adalah insurans. Dah ada insurans nyawa dan kesihatan? Maka anda boleh buat hibah pula.

Hibah suami kepada isteri adalah penting sebab ia adalah duit milik isteri yang tiada ahli keluarga lain boleh tuntut. Buatlah sebanyak mana hibah yang anda mampu bayar setiap bulan.

Ada duit lebih lagi? Silalah beli rumah atas nama sendiri. Memiliki rumah sendiri adalah tahap yang sudah sangat bagus bagi wanita kerana ia boleh dilambangkan sebagai kemandirian seorang wanita itu sendiri.

Zaman sekarang dah berubah. Seorang wanita tidak boleh mengharapkan segalanya atas bahu suami. Kita wanita harus berdikari agar menjadi contoh yang hebat buat anak-anak kita.

Kemandirian dalam kewangan bukanlah bermakna anda boleh pandang rendah suami anda dan berlagak dengan wanita lain, ia bermakna anda adalah seorang wanita yang bertanggungjawab dan bersedia dengan sebarang cabaran yang ada.

#womentowomen

#pesananbuatwanita

#financialindependence

#fanashare

ย 

ย 

Hubungi Kami untuk Bina Portfolio Idaman Anda

Leave a Reply