Pelan Perancangan Perkahwinan

Isu yang sering melanda pasangan yang sudah melangsungkan perkahwinan adalah masalah kewangan. Kadang kala juga hal ini berlarutan hingga menyebabkan perceraian.

Masalah ini dapat dikenal pasti berlaku disebabkan mereka tidak membincangkan tentang perihal kewangan mereka sebelum dan selepas perkahwinan. Perkara ini menyebabkan mereka menjerumuskan diri ke dalam lembah hutang dengan melakukan personal loan yang mececah hingga RM40 ribu di awal perkahwinan mereka.

Belum dicampur dengan kos rumah, kereta dan juga barang keperluan yang lain yang sudah tentu akan memakan belanja yang banyak. Maka, jika tidak merancang kewangan di awal perkahwinan kemungkinan untuk berlaku masalah rumah tangga disebabkan oleh faktor kewangan adalah amat tinggi.

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada hal ini adalah merancang pelan masa depan anda bersama pasangan. Ini adalah bagi mencapai target yang semua ingin capai di masa hadapan. Dengan ini, perkahwinan akan menjadi lebih bahagia dan bebas daripada hutang.

#marriagetips

#kahwin

#FanaCapitalSdnBhd

ย 

ย 

Hubungi Kami untuk Bina Portfolio Idaman Anda

Leave a Reply