NILAI PASARAN VS NILAI BANK

Ini adalah dua nilai yang orang ramai selalu tertukar terutama pemilik ketika nak jual hartanah mereka.

Nilai bank adalah nilai yang diterima oleh bank manakala nilai pasaran adalah nilai yang diterima oleh kebanyakan pembeli.

Sebagai contoh:

Kondo A:

Ada 5 pemilik nak jual unit yang sama jenis dengan harga RM400K. Manakala bank boleh bagi nilai RM450K.

Ini bermakna:

– harga yang sesuai unit tersebut dijual adalah RM400K dan kebawah. Atas pada RM400K agak sukar untuk dijual melainkan ada pembeli yang suka dengan keadaan rumah tersebut. (Cantik, renovated, kitchen cabinet etc).

Sekiranya anda adalah penjual yang memang niat nak jual aset anda, maka terimalah sekiranya anda ada terima tawaran dalam lingkungan RM400K+- tanpa perlu tunggu pembeli yang sanggup dengan nilai bank RM450K.

Jika ditunggu lagi ada kemungkinan beberapa tahun lagi baru anda boleh jual hartanah tersebut.

#marketvalue

#bankvalue

#Undervalued

#fanashare

Β 

Β 

Hubungi Kami untuk Bina Portfolio Idaman Anda

Leave a Reply