KENAIKAN SEWA RUMAH DAN BILIK

Fana teringat dalam sebulan lepas Fana bersembang dengan team Fana di pejabat di mana semua adalah bujang dan belum berkahwin, dan Fana tanya kebanyakan mereka apa taste sewa bilik dan berapa bajet masing-masing?

Rata-rata mereka menjawab, mereka nak menyewa bilik yang fully furnish dengan bajet sebulan RM500.

Fana tanya kenapa RM500?

Jawapan mereka katanya itulah rate kebiasaan sekarang dan dengan harga tersebut mereka boleh dapat bilik yang selesa.

Bagi Fana jawapan mereka adalah munasabah. Dan rate ini dikirakan telah meningkat berbanding 3 tahun dahulu di mana kebanyakan masih menjawab RM450.

Jadi walaupun musim covid dan ramai kata pelabur kerugian takde orang nak sewa hartanah mereka, namun bagi yang berpengalaman unit mereka masih penuh didiami penyewa dengan kadar berpatutan lagi.

#sewabilik

#investment

#Fanashare

ย 

Hubungi Kami untuk Bina Portfolio Idaman Anda

Leave a Reply