Kalau korang dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini sejak pandemik Covid 19 melanda, Malaysia telah mencatatkan kenaikan penjual retail online sebanyak 150% di platform e-commerce terkemuka iaitu Shopee Malaysia.
Apakah implikasi ini kepada pasaran hartanah di Malaysia? Adakah ini menandakan ruang fizikal tidak lagi laku seperti dulu?
Jawapannya tidak sama sekali namun ia mempunyai permintaan baru dan cara penggunaan yang baharu.
Kedai mewah masih menggunakan ruang fizikal yang menarik dan masih mendapat keuntungan dari situ. Namun kebanyakan pembekal/penjual barangan ini kini telah menggunakan ruang tersebut lebih sebagai penstoran barang fizikal sebelum ia diedarkan kepada pengguna dan masyarakat am.
Sekiranya anda seorang pelabur hartanah komersial, anda boleh cuba untuk lihat jika ruang komersil milik anda boleh ditransformasi sebagai ruang storan yang menjana keuntungan tinggi buat anda.