DANA

Ramai orang tertarik dengan terma pelaburan hartanah tapi tak ramai tahu macam mana nak guna hartanah ni kepada potensi penuhnya.

Untuk klien Farhana yang datang pada Farhana untuk tujuan melabur hartanah, Farhana akan tanya untuk apa mereka nak beli rumah banyak-banyak ni?

Maka bermacam-macamlah jawapan yang Farhana terima. Ada kata financial freedom, nak bersara awal, dana sekolah anak dan sebagainya. Jadi tugas Farhana kat sini ialah untuk design portfolio hartanah mereka bagi mencapai matlamat yang mereka nak.

Farhana ambil satu kes di mana klien Farhana bergaji RM4K berumur 29 tahun. Beliau sudah pun memiliki sebuah rumah dengan positive cashflow RM70 sebulan. Farhana kira-kira beliau layak membeli rumah bernilai RM500K.

Beliau beritahu Farhana beliau ada anak berumur 4 dan 1 tahun masing masing. Lagi 15 tahun beliau mahu mempunyai dana yang cukup untuk pelajaran anaknya di universiti.

Setelah dikira jumlah simpanan beliau dan juga kemampuan beliau menyimpan sebulan, maka Farhana kira beliau mampu membeli 4 buah rumah bernilai RM2 juta kesemuanya.

Berikut ialah portfolio Farhana cadangkan untuk beliau:

Komitmen bulanan:

1 : RM3,500

4 : RM14,000

Sewa:

1 : RM3,700

4 : RM 15,000

Capital appreciation katakan naik pada kadar 3% setahun(kiraan konservatif) untuk sebuah rumah:

beli RM 500K

selepas 15 tahun : RM779K

nett CA: RM279K

cashflow: RM200*12*15= RM36K

Nota:

CA untuk Kuala Lumpur adalah 12%

CA Selangor adalah 9%

Kadar sewa juga kebiasaannya meningkat saban tahun

Maka ada kemungkinan keuntungan beliau adalah lebih tinggi

Jadi setelah capai 15 tahun, beliau ada pilihan untuk biaya pengajian anaknya dengan duit kutipan sewa atau jual aset beliau untuk pengajian anaknya.

Perkara yang sama boleh dilakukan untuk bina dana persaraan, dana pelancongan mewah, dana mercedes dan sebagainya.

Kesimpulannya, tahu apa matlamat anda mahu melabur supaya jelas hala tuju pelaburan anda.

#kapitalismuda

#portfolio3juta

#Farhanashare

#fanacapital

 

 

Hubungi Kami untuk Bina Portfolio Idaman Anda

Leave a Reply