Asal labur hartanah je orang kata kena dekat dengan pengangkutan am je boleh beli. Yeke?
Mari sini Fana rungkai betul ke tak benda ni. Cara paling senang nak tahu ni fakta atau auta adalah dengan tanya diri anda sendiri, anda pernah tak menyewa di rumah yang jauh dari pengangkutan am?
Kebarangkalian anda pernah menyewa jauh dari pengangkutan am. Kalau katakan anda memang peminat tegar pengangkutan am di Malaysia, cuba anda tengok lebih banyak orang naik kereta atau naik kenderaan am untuk bergerak? Perlukah semua orang tinggal dekat dengan pengangkutan am?
Tak yakin lagi? Cuba buat testing iklan. Tengok kalau iklan anda untuk rumah yang tak berdekatan dengan pengangkutan am tu ada response atau tidak.
Harga dan keadaan unit yang tepat pasti anda akan dapat penyewa yang berminat dengan hartanah anda.
Pengajarannya di sini adalah tak semestinya rumah kena dekat dengan pengangkutan am sahaja boleh labur. Banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi harga dan pulangan hartanah anda.