Bagus ke Tak Spaylater By Shopee?

Semenjak tahun 2021 shopee lancarkan spaylater. Maka ramailah pengguna shopee menggunakan servis ini. Namun Fana ada pandangan sendiri samada anda patut guna servis ini atau tidak. 

Yang bagusnya adalah limit yang ditetapkan berhutang adalah maksima RM 6,000 sahaja dan caj lewat bayar adalah mengikut bulan berbanding hari pada kadar yang lebih rendah iaitu hanya 1.5% berbanding kad kredit 17%. 

Yang tidak bagus tentang spaylater ini ialah ia boleh digunakan sesiapa sahaja termasuk mereka yang tidak mempunyai pendapatan malahan pelajar (18 tahun ke atas). 

Ramai juga yang telah menggunakan spaylater ini namun tidak mempunyai kebolehan untuk membayar semula tunggakan tersebut. Akibatnya, jumlah keseluruhan hutang tersebut bernilai lebih dari RM 6,000 maksima yang ditetapkan oleh shopee.

Ada seorang klien Fana mempunya masalah ini dan terpaksa menggunakan akaun 2 kwsp untuk selesaikan hutang tersebut(klien ini memiliki hartanah yang membolehkan penggunaan akaun 2 kwsp). 

Inilah contoh terbaik bagaimana perbelanjaan tidak terkawal sebenarnya mencuri dari masa depan sendiri.

Ingatlah semua untuk berpada-pada dalam perbelanjaan kerana ia boleh merosakkan masa depan anda sendiri.

Hubungi Kami untuk Bina Portfolio Idaman Anda

Leave a Reply