ASB Loan Untuk Anak

Saya ada 3 orang anak, kalau saya nak sponsor anak-anak belajar dan rumah seorang satu mana cukup duit. Begitulah keluhan seorang bapa. Mari sini Fana tunjukkan macam mana anda boleh taja anak anda belajar hadiahkan rumah dengan modal kurang dari RM 2,000.

Sebaik sahaja anak anda memasuki usia 18 tahun, anda apply asb loan atas nama anak anda dengan joint loan bersama anda. Dan katakan loan tersebut berterusan selama 10 tahun sehingga umurnya 28 tahun. Anda boleh mulakan dengan nilai terendah sebagai contoh asb loan sebanyak RM 30,000 dengan ansuran bulanan sebanyak RM 134.

Anda hanya perlu fokus bayaran RM 134 semasa tahun pertama ansuran sahaja. Kiraannya begini :

RM 134 x 12 = RM 1,608

Tahun berikutnya anda boleh gunakan dividen untuk bayaran tersebut. Adakala mungkin anda perlu tambah bayaran sekiranya dividen tak cukup namun kebarangkalian nilainya kurang dari RM200/tahun. 

Setelah 10 tahun, duit itu akan bertambah kepada : RM 48866.84
Baki pinjaman : RM 23,186.52
Jumlah pulangan : RM 48866.84 – RM 23,186.52 = RM 25,680.32

Maka setelah 10 tahun dan mencapai usia matang, anak anda akan mempunya simpanan sebanyak RM 25.68K. Duit ini kemudiannya boleh digunakan untuk selesaikan hutang ptptn atau modal untuk beli rumah. Pelbagai lagi sebenarnya boleh digunakan duit ini.

Yang menarik ialah anda hanya perlu suntik modal lebih kurang RM 2,000 untuk dapatkan pulangan sehingga RM 25.68K. 

Yang lagi best ialah anak ini dengan mudah dan pantas telahpun membina record ccris maka lebih mudah untuk dapatkan pinjaman dari bank apabila perlu nanti. 

Hubungi Kami untuk Bina Portfolio Idaman Anda

Leave a Reply