APA SEBENARNYA TERJADI DENGAN MATAWANG KITA?!?!

APA SEBENARNYA TERJADI DENGAN MATAWANG KITA?!?!

Sekarang ni orang ramai tengah bising pasal harga barang naik. Harga naik pula bukan sikit tapi banyak. Siapa nak salahkan ni?!?

Sekarang ni rantaian kenaikan harga barang ni bermula dari barang keperluan asas seperti beras, sayur, gula dan sebagainya.

Harga barang-barang ni meningkat mendadak di serata dunia ikutan inflasi akibat dari kesan pandemik Covid-19.

Sebenarnya bukan harga barang naik, tapi matawang mengalami kesusutan nilai akibat negara serata dunia turunkan nilai interest masing-masing dan cetak lebih banyak duit.

Dalam sejarah moden manusia, tahun 2020-2021 menyaksikan duit dicetak paling banyak. Interest yang rendah menyebabkan lebih ramai orang mudah untuk dapat pinjaman.

Bayangkan pinjaman perumahan nilai RM500K kena bayar RM2,500 pada tahun 2018 berbanding RM2,000+- pada tahun 2021.

Pada masa ini kebanyakan peniaga masih ada yang cuba serap kos2 kenaikan harga ini. Namun bermula pada tahun hadapan Fana menjangkakan perniagaan seperti perkhidmatan, restoran, pembinaan dan banyak lagi akan meningkat harga.

Kerajaan pun tak boleh bendung kesan inflasi ini. Ini memang kitaran normal ekonomi dan akan ambil masa 5 tahun untuk perniagaan dan orang ramai terima perubahan ini.

Yang penting apakah persediaan anda untuk hadapi inflasi ini?

#inflationwave

#covid19effect

#areyouready

#fanashare

ย 

ย 

Hubungi Kami untuk Bina Portfolio Idaman Anda

Leave a Reply