#๐ – ๐๐๐ง๐๐ฉ๐ ๐๐๐ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ฉ๐๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ฌ๐๐ค๐๐ฅ๐ข?
Adalah penting bahawa pelabur hartanah dan bakal pembeli rumah memahami bagaimana hartanah boleh dijadikan sebagai aset kebal inflasi dalam tempoh jangka masa panjang, bukan pendek agar mereka boleh bersedia dengan sebarang kemungkinan dan minimakan risiko kepada portfolio mereka.
#๐ – ๐๐๐ซ๐ ๐ ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง ๐ญ๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
Pada tahun 2020, Malaysia mengalami deflasi pertama sejak 1969 dengan kadar inflasi terendah pernah dicatatkan pada โ1.2%. Deflasi ertinya harga barang turun. Tetapi hanya untuk jangka masa yang pendek.
#๐ – ๐๐๐ง๐๐ฉ๐ ๐ข๐ง๐๐ฅ๐๐ฌ๐ข ๐ฆ๐๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ค๐ฎ?
Inflasi juga lebih sinonim dengan peningkatan harga barang mentah dan industri hartanah tidak terkecuali. Kenaikan kos barang binaan hartanah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan umum tahu faktor ini menyumbang kepada 20% kos keseluruhan pembinaan hartanah.
Ketika Inflasi jugalah biasanya berlaku inovasi secara besar-besaran dalam pasaran yang akan mendorong kepada pertumbuhan pesat ekonomi dan peningkatan pendapatan ketara di kalangan masyarakat umum. Peningkatan pendapatan ini adalah pemangkin utama yang memberi impak secara terus kepada peningkatan harga hartanah. Tahun demi tahun cerita yang sama juga berlaku.
Kenaikan kos bina rumah dan pendapatan isi rumah adalah dua perkara yang pasti dalam kitaran mana-mana ekonomi negara dan sudah pasti mengakibatkan kenaikan harga rumah. Dua faktor utama ini sudah cukup untuk menjadikan hartanah sebagai sebuah aset kalis inflasi dan selamat untuk anda simpan buat jangka masa panjang.
#๐ – ๐๐๐ ๐๐ข๐ฆ๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ก๐๐ซ๐ญ๐๐ง๐๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค โ๐๐ฎ๐ง๐ฎ๐กโ ๐ข๐ง๐๐ฅ๐๐ฌ๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐-๐ฅ๐๐ฆ๐๐ง๐ฒ๐?
Di Fana Capital, kami sedia membantu anda untuk memastikan pelaburan hartanah yang anda akan membuah hasil yang terbaik. Kami juga boleh membantu anda untuk memudahkan proses pemilikan hartanah untuk pelaburan dengan mudah dan juga dengan nilai yang lebih berbaloi.
Selain itu, kami turut boleh membantu dalam memberi pendekatan lebih tentang kawasan hartanah dan pelaburan hartanah yang akan membantu anda untuk lebih memahami bagaimana anda boleh mendapatkan keuntungan lebih daripada pelaburan hartanah selari dengan pembangunan kawasan di sekitar hartanah anda.
Sebarang pertanyan boleh oleh hubungi Fanai di media sosial Facebook dan Instagram (Farhana Norlisan & Fana Capital), ataupun boleh isi maklumat anda untuk dihubungi melalui link di bawah. ๐๐จ๐ง๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ญ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐.