Bagi yang dah biasa dengan industri hartanah, mesti ramai selalu dengar masalah pasaran hartanah di Johor terutama Johor Bahru. Overhang merata-merata malahan overhang lebih teruk dari Lembah Klang.
Adakah keadaan ini akan berterusan? Tadaaaaa.
Kerajaan Malaysia telah umumkan bahawa bermula 1 April 2022 Malaysia akan memasuki fasa endemik di mana individu yang memasuki Malaysia tidak lagi perlu kuarantin. Ini bermakna akan ada aktiviti antarabangsa yang lebih aktif. Buat Johor, mereka boleh mula menjangka kemasukan yang lebih besar dari rakyat Singapura ke Johor Bahru.
Ini juga akan memberi kesan kepada pasaran hartanah Johor kerana kuasa beli rakyat Singapura yang lebih besar. Mereka boleh memiliki hartanah jauh lebih mewah dan besar dengan harga 3-5x lebih murah berbanding harga hartanah di Singapura.
Harapnya fasa endemic ini bakal membantu mengurangkan kadar overhang hartanah di Johor Bahru.
#Malaysiaendemik
#Johor
#Singapore
#Sempadan dibuka