“Kau ni suri rumah mesti kerja kau habiskan duit suami je kan?” – MCB
Walaupun di zaman moden kini, masih ada lagi segelintir orang yang suka mengambil tahu hal orang lain. Mangsa – mangsa orang sedemikian termasuklah suri rumah.
Ada segelintir suri rumah pernah mendapat teguran daripada orang – orang tertentu. Misalnya seperti berpada – pada lah dalam berbelanja duit suami tu. Diri sendiri dah tak bekerja, duduk rumah je.
Sebenarnya, pandangan ni adalah tidak tepat. Tahu tak suri rumah sekarang ni tak sama dengan suri rumah yang dulu?
Ramai suri rumah ada pendapatan tersendiri, terima kasih kepada kemajuan teknologi yang canggih sehingga boleh memperoleh RM5K sebulan, hanya dengan bekerja sendiri. Jadi, tak boleh dah nak cakap suri rumah sekarang ni tahu nak habiskan duit gaji suami je.
Walau bagaimanapun, ada suri rumah datang mengadu, sebab beliau nak beli rumah tapi tak dapat. Tahu tak kenapa? Sebab:
- Tiada bukti pendapatan.
- Pendapatan tak tetap.
Dua sebab ni la punca beliau tak dapat beli rumah. Jadi, maksudnya suri rumah tak boleh beli rumah selamanya ke?
Jawapannya adalah 𝑩𝑶𝑳𝑬𝑯. Ada beberapa cara yang boleh digunakan seperti:
- Buka dan daftar syarikat atas nama sendiri atau pasangan.
- Pastikan slip gaji disediakan setiap bulan, walaupun bekerja sendiri.
- Tentukan gaji bulanan yang tetap.
Senang kan? Buka dan daftar syarikat ni tak mahal pun sebenarnya, Boleh bermula serendah RM70 SAHAJA.
Sekiranya anda perlukan nasihat ataupun bantuan tentang pengurusan kewangan ataupun portfolio, boleh komen ataupun hubungi nombor di bawah ataupun DM (Direct Message) ke akaun ni.
Semoga tips ni boleh membantu yang memerlukan. Have a nice day!