APA YANG KITA BELAJAR DARI COVID

Covid telah banyak ajar kita tentang kehidupan. Dari tahun lepas apabila dunia tiba-tiba lockdown sehinggalah sekarang dunia perlahan-lahan kembali beroperasi sebaik boleh dengan pejabat, sempadan dan perniagaan mula dibuka perlahan-lahan.

Apa yang boleh kita belajar dari Covid ialah kekayaan bukan bermaksud berapa pendapatan kita sebulan tetapi fleksibiliti yang kita ada. Duit boleh cari tapi masa tak boleh dibeli.

Sangat banyak kerja yang bertukar menjadi ‘home based’ terutama kerja pejabat. Ini memberikan satu ruang untuk pekerja memilih tempat dan waktu mereka bekerja asalkan tak langgar ‘deadline’.

Fleksibiliti ini buatkan kita sedar bahawa tiada gaji yang tinggi yang boleh gantikan ini. Bayangkan sambil melancong tak perlu ambil cuti panjang hanya perlu ambil cuti untuk naik flight sahaja.

Tanpa boss lihat anda juga boleh lakukan kerja lain dengan mudah. Kerja rumah pun boleh buat sambil bekerja. Nak rehat pun lebih mudah. Pekerja juga kurang/tiada ambil mc banyak seperti semasa di pejabat.

Kos pergi kerja tak perlu/berkurangan, kualiti hidup lebih baik maka tak perlu juga belanja yang bukan-bukan pengaruh kawan seperti di pejabat.

Dengan fleksibiliti ini, kita sedar nilai RM3K ternyata jadi lebih besar berbanding ketika di pejabat. Kami juga perasan yang golongan berpendapatan tinggi juga mempunyai fleksibiliti masa dan lokasi mereka bekerja. Mereka dibayar mengikut skill mereka berbanding masa mereka.

2021 hampir berlalu pergi. Banyak perkara dah berubah. Permintaan pengguna juga berubah. 2022 akan menjadi satu tahun yang mencabar dan berinovasi.

Banyak peluang dan pembaharuan yang akan muncul pada tahun hadapan. 2022 sudah pasti tahun yang paling menarik dan mencabar.

#orangkayabelimasa

#postcovid

#highincomeskills

#fanashare

#fanacapital

Β 

Β 

Hubungi Kami untuk Bina Portfolio Idaman Anda

Leave a Reply